TEKNIK KOMPUTER DAN JARINGAN - Syarikat LG akan memperkenalkan peranti mudah alih terbaru mereka iaitu LG Optimus G Pro dengan skrin 5 inci berdefinasi tinggi (HD) di Jepun pada bulan April 2013 nanti. Ini adalah berdasarkan kenyataan rasmi yang dibuat oleh NTT Docomo semalam.
Spesifikasi LG Optimus G Pro
Telefon pintar (juga diberi gelaran phablet) dari LG ini menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean versi 4.1. Apa yang menarik tentang LG Optimus G Pro adalah teknologi yang dibangunkan LG yang membolehkan sensor sentuhan diintegrasikan dengan kaca skrin yang panggil “zero-gap touch“. Dengan kedudukannya yang sangat rapat, paparan yang dihasilkan dikatakan lebih realistik dengan sensitiviti sentuhan dipertingkatkan.Antara spesifikasi LG Optimus G Pro ialah:
- Pemprosesan 1.7Ghz Quad-Core SnapDragon
- Skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi 1,920 x 1080 piksel (IPS)
- Kamera 13.2Mp
- microSD, NFC, LTE,
- Dimensi saiz : 139 x 70 x 10mm
- Memori bersaiz 2Gb
- Storan berkapasiti 32Gb
- Berat : 160 gram
- Bateri 3,000 mAH
Terdapat 2 pilihan warna bagi LG Optimus G Pro iaitu warna hitam (Indigo Black) dan putih (Platinum White). Peranti ini juga dikatakan menyokong fungsi multi-tasking yang membolehkan 2 aplikasi dijalankan serentak pada skrin yang sama seperti yang ditawarkan oleh Galaxy Note II menerusi fungsi multi-screen.
Pandangan Awal Kami
Jika dibandingkan secara ringkas dengan Sony Xperia Z yang juga bersaiz 5 inci, LG Optimus G Pro menawarkan spesifikasi lebih baik pada pemprosesan dan kapasiti bateri manakala Sony Xperia Z pula menawarkan telefon pintar yang lebih nipis (7.9mm), lebih ringan (146 gram) dan keupayaan kalis air dan debu.Buat masa ini, belum diketahui harga bagi LG Optimus G Pro dan bila ia akan mula dipasarkan di negara-negara lain termasuk Malaysia. Berdasarkan kenyataan NTT Docomo, peranti ini akan mula dijual di pasaran Jepun bermula April nanti. Mungkin LG akan membuat pengumuman rasmi semasa persidangan Mobile World Congress (MWC 2013) pada bulan Februari 2013 nanti.
sumber
0 comments:
Post a Comment
Isikan Komentar Yang Bermanfaat Untuk Membangun ya Gann....